Tuesday 11 May 2010

Pembaca tidak sabar tunggu peraduan Yebo! Utusan Malaysia

Pembaca tidak sabar tunggu peraduan Yebo!






Sekumpulan pembaca setia akhbar Utusan Malaysia menunjukkan iklan peraduan YEBO! Juara Dunia di Stadium Putra Bukit Jalil, semalam.



--------------------------------------------------------------------------------







KUALA LUMPUR - Orang ramai khususnya pembaca setia akhbar berpengaruh Utusan Malaysia kini tidak sabar menunggu kemunculan pertama peraduan Yebo! Juara Dunia sempena Piala Dunia yang akan diadakan mulai Sabtu ini.



Bagi mereka, Yebo! bukan semata-mata peraduan tetapi mencabar minda dan kemahiran peserta menilai kemampuan sebenar setiap negara yang bertanding pada Piala Dunia 2010, Jun ini.



Ini bermakna, peserta bukan sahaja perlu lebih peka dengan berita mengenai persiapan setiap pasukan yang dihidangkan dalam ruangan sukan Utusan Malaysia, tetapi juga perlu membuat 'kerja rumah' mengkaji keupayaan setiap pasukan termasuk rekod pertemuan 'head to head'.



Bagi Hamizi Mat Juah, 35, dia sememangnya menunggu peraduan seperti ini ketika Piala Dunia berlangsung.



"Inilah masa untuk saya memanfaatkan pengetahuan tentang bola sepak dengan menyertai pertandingan ini," kata peminat pasukan Portugal ini.



Rakan Hamizi, Mohd. Farid Nari, 35, juga meluahkan rasa teruja untuk menyertai peraduan Yebo! Juara Dunia.



"Setahu saya, ini kali pertama Utusan Malaysia mengadakan pertandingan yang menawarkan hadiah lumayan sempena Piala Dunia. Harap-harap saya mampu menang hadiah utama itu," katanya.



Pelajar, Mohd. Fitri Che Ree, 25, pula mahu menguji pengetahuannya dengan menyertai pertandingan itu.



"Kita bukan sahaja boleh mengkritik, malah mungkin berpeluang menang," jelasnya.



Borang penyertaan peraduan Yebo! Juara Dunia akan mula disiarkan pada 15 dan 16 Mei ini di Utusan Malaysia serta Mingguan Malaysia.



Peraduan Yebo! Juara Dunia anjuran Utusan/Mingguan menawarkan hadiah keseluruhan RM500,000 dengan sebuah kereta Honda City sebagai habuan bagi pemenang utama.

No comments:

Post a Comment