Tuesday 4 May 2010

Cabutan Bertuah Terkini: Karnival Futsal i-Metro 2010 di Sports Prima di Pandan, mulai 7 Mei ini.

PEMBACA Harian Metro yang memeriahkan Karnival Futsal i-Metro 2010 Zon Selatan tidak seharusnya melepaskan peluang menyertai peraduan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah pelbagai barangan elektrik.
Barangan elektrik termasuk pemain cakera video digital, pot termal, periuk nasi dan lain-lain lagi tajaan Global Aksara Communication Sdn Bhd itu boleh dimenangi dengan hanya mengisi borang peraduan percuma di kaunter edaran akhbar Harian Metro di Sports Prima.
Pengurus Pengedaran New Straits Times (NST) Wilayah Selatan, Juswar Jani, berkata setiap peserta peraduan berkenaan dikehendaki mengumpul kepala akhbar Harian Metro dan Metro Ahad mulai hari ini hingga 7 Mei untuk melayakkan mereka menyertainya.


Menurutnya, borang penyertaan peraduan berkenaan boleh diperoleh di kaunter Karnival Futsal i-Metro 2010 di Sports Prima di Pandan, mulai 7 Mei ini.
“Sesi cabutan bertuah berkenaan akan diadakan sebanyak dua kali iaitu pada 8 dan 9 Mei mulai jam 2 hingga 3 petang. “Kami berharap orang ramai tidak ketinggalan menyertai peraduan berkenaan dan berkunjung ke karnival futsal terbesar itu,” katanya.


Sementara itu, Pengarah Urusan Global Aksara Communication Sdn Bhd, Muhammad Farihan Mustafa, berkata tajaan julung kali syarikat penerbitan buku yang beroperasi di Permas Jaya itu bertujuan memeriahkan lagi karnival futsal yang dinanti-nantikan penggemar sukan terbabit.


“Cukup mudah. Sertai peraduan berkenaan dan anda boleh membawa pulang hadiah barangan elektrik,” katanya

No comments:

Post a Comment