Tuesday 4 May 2010

Agrobank tawar hadiah kereta model Toyota


Memetik dari akhbar tempatan hari ini...


KUALA LUMPUR - Anda mengimpikan kereta model Toyota Hilux, Toyota Camry dan Toyota Fortuner untuk dibawa pulang tanpa sebarang bayaran.
Caranya sangat mudah iaitu hanya dengan mendepositkan sekurang-kurangnya RM100 dalam akaun simpanan Agrobank.
Hadiah menarik ini ditawarkan menerusi kempen Simpan... Dapat Kereta! Agrobank yang dijalankan sepanjang tahun ini.
Pengarah Urusan Agrobank, Datuk Ahmad Said berkata, sejak kempen itu dilancarkan pada 28 Januari lalu, pihaknnya telah menerima maklum balas yang memberangsangkan.
"Melaluinya juga, Agrobank telah berjaya mencatatkan jumlah simpanan dalam akaun Islamik dan konvensional sebanyak RM157 juta.
"Jumlah itu merupakan peningkatan sebanyak 130 peratus berbanding jumlah deposit sebanyak RM30 juta bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya,'' katanya pada majlis cabutan undi bagi menentukan pemenang pertama kempen tersebut di sini semalam.

Sumber: Kosmo 05.05.2010

No comments:

Post a Comment